Monday 28 September 2015

ASSAM 53 : Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan






Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan

Aaaapppaaaa betul ke ni....???

Baru 2 minggu lepas ASSAM pergi Seoul Garden @ D'Pulze Cyberjaya...

Seramnya....bila baca artikel ini....

Sebelum Putrajaya & Cyberjaya ditubuhkan, seluruh kawasan ini merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor.

Menurut sumber yang kami dapat, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain, korang faham-faham lah apa yang kami maksudkan.

Hmm, kami pun musykil juga dengan apa yang dikhabarkan ini, tapi sumber yang kami peroleh ini daripada orang yang terlibat sepanjang pembikinan bandar pesat ini.

Ok sambung cerita tadi, jadi sebelum proses pembangunan dilakukan pihak yang terlibat terpaksa memanggil ustaz untuk “memindahkan” mereka ke tempat lain.

Ia supaya mereka tidak menganggu ketenteraman manusia yang akan tinggal disana nanti dan tidak dianggap sebagai ‘penceroboh’ di tempat mereka. Bagaimana mereka dipindahkan itu kami tak pasti sebab macam-macam versi yang kami dengar.


betul atau tidak 'waallahualam'...
nak tahu apa lagi meh sama-sama kita terjah :

1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen di ruangan ini....